There is no guarantee of reaching a goal at a certain time, but there is a guarantee of never attaining goals that are never set - David McNally
Thursday, October 16, 2014
Hari Keenam
‘Arrr…..oooo….I’m ok…..’ jawab Lisa tergagap-gapap.
‘Lisa, if you’re not feeling well, I can help you with the presentation….,’ tambah Kevin lagi.
‘No…boss….no…..I’m good, don’t worry…’ jawab Lisa pantas memotong kata-kata Kevin.
Lisa terus menuju ke ladies. Dia masuk ke dalam tandas di hujung sekali dan duduk di atas mangkuk tandas duduk itu lalu menangis teresak-esak tetapi masih perlahan. Dia tidak mahu tangisannya didengari orang. Air matanya menderu laju.
Lisa…..be professional. This is your work place. Let’s leave everything behind and move on. Come on Lisa….you can do it….you have cried enough and now you are crying again for that same reason…oh come on Lisa…..get over it….stop crying….and stop jeopardizing your career just because of him….arrrghhhhh….how stupid can you be…..
Bentak Lisa dalam hatinya sambil tangan kanannya mengetuk-ngetuk bahagian kiri dadanya.
Setelah hampir 7 minit, Lisa kembali tenang dan mula mengesat air matanya. Setelah dikesat sepenuhnya air mata pada wajahnya yang berbentuk bujur sirih itu dan setelah pasti yang dia tidak akan kelihatan seperti orang baru lepas menangis, dia keluar dari bilik tandas itu. Bagi Lisa adalah sangat penting untuknya memastikan yang dia tidak kelihatan seperti orang baru lepas menangis, sangat penting! Lisa tidak mahu orang tahu yang dia menangis dan seterusnya mengundang pelbagai persoalan. Dan yang paling dia mahu elakkan ialah simpati orang sebagaimana kata-kata simpati saudara-mara dan rakan-rakan rapatnya apabila dia putus tunang dulu. Dia tidak mahu semua itu. Dia faham, mereka simpati kerana mereka sayang kepadanya tetapi wajah-wajah simpati, kata-kata simpati itu seolah-olah membunuhnya. Membuatkan dia rasa sangat lemah dan tidak berdaya untuk menghadapi semua ini. Menyebabkan dia rasa yang dirinya sangat malang…….
Lisa merenung ke cermin muka yang luas itu. Dia cuba mengukir senyuman sambil membetulkan tudungnya. Dan kemudian, berkata sendiri kepada dirinya ‘Lisa, jom buat kerja and present both reports fluently with full energy. You can do this!’ sambil tangan kanannya digenggam kuat-kuat.
Oh, hanya Tuhan sahaja yang tahu gelora di hatinya yang bermula sejak insiden tengah hari semalam. Yang mengingatkan dia kembali kepada seorang manusia yang sangat dicintainya. Dan insiden yang telah merungkai semua persoalan yang bermain-main dikotak fikirannya selama ini. Semua persoalan yang mungkin tidak perlu lagi dipersoalkan tetapi hakikatnya pada hati seorang gadis yang masih terlalu naif tentang dunia dan cinta, semua persoalan ini sangat menyiksa jiwa dan sangat memerlukan kepada sebuahjawapan, kepastian yang perlu diperjelaskan.
Tetapi jawapan itu hanya menyakitkan lagi hati yang sudah dirobek hancur.....
Lelaki yang aku kasihi dan mungkin masih lagi di hati
Yang pergi tanpa permisi
Yang tiba-tiba tiada lagi di sisi
Yang mengundang tangis tanpa bunyi
Yang mengguris hati dalam sekali
Dan cinta yang masih bersisa
Walau telah sekian lama
Hati masih berdebar
Naluri masih bergetar
Untuk apa
Untuk siapa
Sukarnya meneutralkan hati dari rasa cinta
Walau telah terluka sekian lama
Hari Kelima
‘Lisa...don’t forget to send me the full report by end of today yaa,’ arah Kevin sambil tersenyum kepada Lisa.
‘Ay aaay boss...’ Jawab Lisa perlahan dan terus menumpukan sepenuh perhatian ke atas kertas-kertas yang berserakan di atas mejanya.
Menjelang tengah hari, hampir 80% laporan tersebut telah berjaya disiapkan.
‘Alamak….dah hampir pukul 1...patutlah lapar pulak rasa perut ni...’ dengus Lisa perlahan.
‘Dah la Siti tak ader...malasnya nak pergi cafĂ© sorang-sorang..mana Kak Ainun ni’ kata Lisa perlahan sambil menjengulkan lehernya keluar untuk melihat ke ruang kerja Kak Ainun.
Sebaik ternampak kelibat Kak Ainun, ’Kak Ainun...jom pergi makan...Lisa lapar sangat ni..’
‘Ingatkan kenyang jer. Akak tengok Lisa sibuk dok concentrate kat report je dari tadi, nak datang gosip pun takut..’ kata Kak Ainun sambil terus berjalan ke meja Lisa.
‘Ala...akak...tak nak gossip-gosip ni...Gosip tak mengenyangkan...Lisa lapar….Lisa nak makan..jom la gi cafe...,’ balas Lisa sambil menarik-narik lengan baju Kak Ainun.
‘Report audit dah nak siap ke?’ tanya Kak Ainun lagi.
‘Ha ah...sikit je lagi...lega rasanya..Lisa kena siapkan cepat sebab boss suruh present esok. Dah la esok jugak nak present Kaizen nyer report lagi….’ Jelas Lisa sambil tersenyum tanda lega mengenangkan laporannya yang hampir siap.
‘Kalau camtu, jom la ikut akak keluar..akak nak pergi kedai buku dekat seksyen 18 tu, dekat kedai makan yang Lisa suka tu...kita makan kat situ nak?’ pelawa Kak Ainun.
Mendengar perkataan kedai buku dari mulut Kak Ainun, Lisa sudah tersenyum-senyum geli hati sambil terus mulutnya...
‘Eh, sejak bila pulak akak suka pergi kedai buku. Selalunya Lisa dan Siti jer yang hantu buku. Akak kan cakap akak allergic dengan buku-buku ni?’ kata Lisa.
‘Amboi! Perli nampak. Akak nak pergi beli buku latihan Aiman. Pusat Tuisyen Aiman suruh beli. Aiman kan dah darjah 5, tahun depan dah nak UPSR, jadik akak pun kena la agresif sikit cik adik oooi…’ terang Kak Ainun sambil mencubit lengan kiri Lisa.
‘Adoi!'
'Ha..ok oklah, Aiman punya pasal, Lisa sedia berkorban..’ teriak kecil Lisa sambil mengambil beg kecilnya, kunci kereta dan kemudian terus menarik tangan Kak Ainun.
Setibanya di restoran itu, Lisa sudah nampak tulisan di papan notis comel di hadapan kedai tersebut….TODAY SPECIAL…..BRIYANI KAMBING. Dia segera duduk di meja kosong di barisan hadapan di kaki lima kedai itu kerana di bahagian dalam kedai semuanya penuh dengan orang yang hadir untuk tujuan yang sama dengannya.
Sedang mereka santai duduk menikmati makanan dan berbual-bual, tiba-tiba Lisa terpandang satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya....
Thursday, October 9, 2014
Alhamdulillah :)
Even though this is my dream job, I am still taking quite some time to embrace it. It’s a new phase, new task, new responsibility that are with me all these while and may look simple but still required a revoked in the whole time and life management.
And in addition to this, a few changes occurred to this; I must say my nomad life. I am still looking and searching for the right place to live in, in order to match the whole new organization and family structure. Hence, all these changes required time for you to adapt and accept it. And of course, your emotion is the one that is so difficult to make stabilise in this changing and uncertain phase of this temporary life.
Although this new job is a fulltime job that required even higher commitments, I recently doing a lot of thinking of where and how I want my life to be. Not that before this you ain’t have the vision in life but with some time taken to think again and to review, where you are now, is really satisfying and relieving. It is not that we forgot of our purpose and mission in this life but sometimes, we need to refresh it again and again as with time too… we may have deviate from the rightful course. So let’s come back….come back to who we are and who, we should be and who, we will be in future.
Thus, now I am back. Fresh and alive with clearer motivation and precise target.
Will try my best to live my life and to share my words with this world, with hope and vision that we will all end up jannah, in shaa Allah.
Saturday, June 21, 2014
Sukarnya hidup
Aku menangis
Melihat sekelilingku
Yang teraniaya
Yang terluka
Yang dihina
Yang kesempitan
Yang dibunuh
Yang dibiar menderita
Aku menangis
Aku bimbang
Aku takut
Salah akukah
Membisu
Mementingkan diriku
Hanya aku dan keluargaku
Yang lain aku biarkan berlalu
Aku buat tak tahu
Aku rela jadi dungu
Semata-mata untuk memudahkan hidupku....dan hanya hidupku
Ya Allah
Ampunkan aku
Sukarnya hidup ini
Terlalu banyak yang aku tidak lakukan
Terlalu sedikit yang aku lakukan
Adakah hatiku sudah membeku
Lalu aku jadi dungu
Membiarkan semuanya berlaku
Aku yang bersalah
Aku yang ambil mudah
Aku yang pilih untuk buat tak tahu
Dengan alasan aku hanya satu bukan beribu
Walhal kalau tak mula dengan aku
Dam hanya harapkan yang selain aku
Asal bukan aku
Yang membantu
Yang membantu
Yang membantu
Mereka yg memerlukan aku...
Setiap aku yang ada perlu bersatu
Perlu bangun dan membantu
Bukan kerana aku
Kerana Allah
Kerana tanggungjawab sesama hamba
Kerana esok lusa
Semua yang berlaku
Akan dihitung satu persatu
Aku tidak mahu buntu
Ketika menjawab kepada yang Satu....
Tuesday, June 17, 2014
Hari Keempat
Apabila terkenang akan perkara ini, Lisa akan cepat-cepat menyebut Alhamdullilah sebagai menzahirkan kesyukurannya kerana dipilih untuk menimba ilmu biarpun terpaksa berpenat lelah menghadiri kursus itu setiap hujung minggu. Dan dengan menghadiri kursus ini juga, dia begitu sibuk saban hari dan ini telah sedikit sebanyak membantunya membalut luka di hati dan mengurangkan dirinya dari kerap berfikir tentang memori duka yang telah berlalu itu.
‘Alhamdulillah….’, sebut Lisa lagi apabila dia teringatkan perkara ini sewaktu sedang menunggu auditor-auditor itu bermesyuarat sebelum mengadakan closing meeting.
Tiba-tiba muncul Shamsul yang datang entah dari mana di work station Lisa.
‘Lisa, jom keluar malam ni? Tak payah balik rumah la….’
‘You mesti kena balik lambat sebab dorang tak start closing meeting pun lagi kan? Mesti kurang-kurang pukul 7 baru settle sume’.
Shamsul mengajak Lisa lagi untuk keluar untuk entah kali yang ke berapa. Lisa sering tertanya-tanya kenapa Shamsul tidak pernah berputus asa sedangkan ramai lagi gadis di tempat kerja ni yang memang sentiasa menunggu peluang untuk keluar dengan Shamsul. Bilangan gadis yang tanpa segan silu mengajak sendiri Shamsul untuk keluar dating pun ramai. Yelah kan, orang hensem.
‘Alah bukan buat apa pun, kita keluar makan-makan jer’, sambung Shamsul lagi.
‘Lisa, auditor dah nk start closing meeting’, celah kak Ainun.
Kak Ainun ialah documentation officer di situ. Dia telah lama berkhidmat di syarikat ini sudah hampir 10 tahun.
‘Jom….’, tambah kak Ainun lagi dan kemudian menoleh kepada Shamsul yang ada di depan Lisa.
‘Encik Shamsul mata keranjang, you buat apa kat sini? Kacau Lisa lagi ke?’ kata Kak Ainun sambil mengambil pembaris panjang dan memukul lengan kiri Shamsul.
‘Kak Ainun, mata keranjang apa pulak ni….mata saya okay jer….hah tengok ni ok kan?’ balas Shamsul sambil membeliakkan matanya di hadapan kak Ainun.
‘Jom la Kak Ainun, nanti lama pulak dorang tunggu….’, kata Lisa seraya menarik tangan Kak Ainun dan bergegas pergi dari situ.
‘Lisa, what about me? Jadi yer date kita….i tunggu u tau…’, jerit Shamsul dari belakang.
Sebaik mendengar jeritan Shamsul, Kak Ainun sempat lagi menoleh ke belakang dan membalas ‘She is not interested la….’, dan terus selepas itu melangkah laju bersama Lisa menuju ke bilik mesyuarat.
Closing meeting berakhir dalam pukul 6.30 petang. Setelah semuanya selesai, Lisa dan Kak Ainun pun berjalan semula ke work station mereka.
‘Lisa, jangan layan tau Shamsul tu. Dia tu mata keranjang. Akak perasan jugak dia dok selalu datang kat meja Lisa. Dia tu bukan boleh harap’, jelas kak Ainun bersungguh-sungguh untuk entah kali yang ke berapa juga.
‘Lisa tahu kak. Dah banyak kali akak cakap kan. Tapi bukan Lisa yang cari dia. Dia yang datang kat meja Lisa. Tak jemu-jemu datang ajak Lisa keluar. Heran Lisa, mana agaknya awek dia yang ramai-ramai tu’, Lisa membalas sambil menundukkan mukanya, tanda protes dan tidak tahu bagaimana cara untuk berhadapan dengan Shamsul tu.
‘Lisa tak nak la nampak sangat yang Lisa tak suka dengan dia. Yelah, nanti takut dia terasa pulak. Tak nak orang kata Lisa sombong pulak’.
Dan di akhir hari tu Lisa is feeling annoyed.
Thursday, May 15, 2014
When I have this feelings....I will write it on again and again.....
Of course, in any case, in any situation, in any circumstances, what is said is much more simple, than what is need to be done, what is hold on the shoulder, what is felt is the heart. Of course....
Literally, the saying is true, no pain, no gain. Practice makes perfect. When the going gets tough, the tough gets going.
And very often too, we will be asked of questions that nobody knew the answers like how will we deal with her when she is having her menstrual? If she’s getting enough protein since she’s only eating fruits, biscuits and cereal? Will she be able to walk since she is definitely having a balance issue. And many other future things that my answers will be, I think about it when the time comes. It is not that I did not think of the future, and the obstacles ahead and getting myself prepared, but the truth is, I do not have the answers. I have done a lot of thinking including imagining the future but still I do not have the concrete answers, with a affirmative nod...
Therefore, I decided, when the times comes, we will learnt to deal with it. We, as a team are very confident that we will get through it and hence, pass it with flying colours. Because, the Creator, will give us everything, the questions and the answers. All we need to do is to be brave, face it and deal with it with love, lots and lots of love.
Tuesday, May 6, 2014
Hari Ketiga
‘Banyaknya soalan tadi….’ Lisa merungut sendirian. Tapi ‘Alhamdulillah….semuanya berjalan lancar….’ , sambungnya sendirian.
Lisa seperti mahu rebah sahaja di kerusi di restoran makan yang paling kerap dikunjunginya itu. Restoran itu terletak bertentangan dengan apartment Lisa dan bersebelahan dengan bengkel kereta lelaki yang menolongnya tempoh hari. Restoran bernama ‘Seindah suria’ itu menjadi kegemaran Lisa bukan kerana kesedapan makanannya tetapi kerana tidak ramai orang di restoran itu. Lisa tidak suka pergi ke restoran yang ramai orang atau lebih tepat lagi, yang ramai orang lelaki. Dia tidak suka mata-mata lelaki itu memandangnya, apatah lagi kerana dia bersendirian. Pandangan lelaki-lelaki itu kadangkala menakutkannya.
Apabila dia terasa takut, dia sering teringatkan pesan seorang ustaz dalam ceramah yang pernah dihadirinya bersama ibu. Kata ustaz itu ‘ kalau boleh janganlah dibiarkan anak-anak dara kita ini berjalan bersendirian, tak berteman…..banyak bahayanya…kalau boleh, mereka ini ditemani oleh mahram mereka, bapa, abang, adik beradik lelaki…..’ Apabila Lisa terkenangkan semua ini, dia terasa menyesal kerana berpindah jauh dari ibu dan bapa….
‘Kenapalah aku yang gatal sangat nak pindah jauh ni……’ keluh Lisa lagi sendirian.
‘Assalammualaikum kakak….’ suatu suara halus yang seolah-olah pernah didengari Lisa, menyapanya.
‘Waalaikumsalam…..’ jawab Lisa sambil menoleh ke arah suara itu.
‘Oooo….Adawiyah….terkejut akak….ingatkan siapa tadi ‘ jawab Lisa lagi.
Adawiyah ialah adik Adam, lelaki yang menolong menukarkan tayar kerete Lisa yang pancit tempoh hari. Mujur ada Adawiyah, kalau tidak tentu situasi akan sangat tidak selesa kerana abang Adawiyah tidak banyak bercakap, seolah-olah ada ketul emas di dalam mulutnya. Sementara menunggu Adam menguruskan masalah tayar keretanya, dia berbual-bual dengan Adawiyah yang turut berkerja di bengkel itu, membantu abangnya. Menurut Adawiyah, dia hanya berkerja sementara di situ kerana dia sedang menunggu panggilan kemasukan ke universiti. Abangnya Adam, merupakan pemilik bengkel itu.
Mula-mula rasa macam tak percaya yang Adam yang masih muda itu sudah menjadi pemilik bengkel baiki kereta. Walaupun bengkel itu tidaklah sebesar mana, namun Lisa sangat kagum dengan kebolehan orang Melayu memiliki kedai dan berniaga sendiri. Orang-orang yang berniaga ini sudah tentu sangat kuat, matang dan berkebolehan dalam bidang mereka, kalau tak, tentu tak jalan bisnes mereka tu. Contohnya bapa saudara Lisa yang memiliki rangkaian perniagaan kedai dobi. Menurut bapa saudaranya, berniaga ini memang memerlukan komitmen yang lebih tinggi dari orang makan gaji. Tapi hasilnya nanti in syaa Allah lumayan. Dan apa yang lebih penting menurut bapa saudaranya lagi, dengan bertambahnya pendapatan kita, semakin banyaklah juga kita dapat membayar zakat dan seterusnya menolong orang-orang di sekeliling kita.
‘Menjadi orang yang rezeki orang lain itu mengalir melaluinya adalah suatu nikmat yang sangat berharga….’ Kata-kata inilah yang sering kali diungkapkan bapa saudaranya.
‘Lambat akak balik hari ni?’ tegur Adawiyah lagi.
‘Kakak hari ni ada audit kat office tadi. Tu yang balik lambat ni. Selalunya kalau dah lambat macam ini akak terus balik rumah jer. Masak jer apa yang ada kat rumah. Tapi hari ni dah tak larat dah, perut pulak lapar….tu yang terus datang sini….’ Jelas Lisa panjang lebar. Dia sangat selesa berbual dengan Adawiyah. Selalunya Lisa kurang mesra dengan orang yang baru dikenalinya, tetapi dengan Adawiyah ni….ok pulak.
‘Tu arrr…..selalu nampak akak kat sini dalam pukul 7petang….masa kami siap-siap nak tutup bengkel…’ kata Adawiyah lagi.
‘Eh, Adawiyah memang ada perasan akak yer sebelum ni?’ tanya Lisa lagi. Dia tidak menyangka ada juga orang yang perasan akan kehadirannya di situ. Lisa suka menganggap yang tiada siapa peduli akan dirinya di kawasan itu dan dia tidak memberikan kesan kepada sesiapapun. Anggapan ini walaupun berbunyi agak pesimis tapi Lisa suka beranggapan demikian. Anggapan ini membuatkan dia merasakan dirinya serperti halimunan yang tidak disedari dan tidak dipedulikan. Entah kenapa, sejak berakhirnya pertunangan tempoh hari, dia mempunyai anggapan demikian terhadap dirinya….kadang kala Lisa sendiri tertanya-tanya pada dirinya….mengapa apa yang telah terjadi ini sangat memberikan impak kepada dirinya. Mengapa dia begitu terkesan hanya kerana seorang lelaki?
‘Mestila perasan kak. Abang lagi perasan. Walaupun abang tak cakap apa-apa pada Adawiyah tapi Adawiyah tahu abang selalu tengok kakak. Kakak kan comel tapi tu la…kakak jalan laju sangat dan menonong jer terus, tak tengok kiri kanan….’ kata Adawiyah lagi sambil tersenyum manis menampakkan giginya yang putih dan tersusun rapi itu seperti iklan ubat gigi.
Mendengar kata-kata Adawiyah itu, Lisa tiba-tiba terasa malu….rona merah di pipinya seperti tidak dapat ditahan lagi….tiba-tiba….
‘Assalammualaikum…..’ tegur suara lelaki dari belakang mereka.
Lisa menoleh dan terpandang susuk tubuh seorang lelaki yang seperti pernah dikenalinya. Otaknya cuba sedaya upaya memanggil kembali ingatan tentang lelaki tersebut.Oh…..Adam…teriak Lisa di dalam hatinya….hati kecil Lisa terus berkata-kata….penampilan Adam malam itu sangat berbeza. Dua hari lepas dilihatnya Adam agak comot dan berpakaian T-shirt yang lusuh dan bertompok-tompok dengan minyak hitam kereta dan berseluar jeans yang lusuh juga. Tetapi malam ni, Adam berbaju kurta oren gelap dan berseluar slack hitam. Raut wajahnya nampak bersih dan bersinar…..
‘Patutla lambat, dah sangkut kat sini pulak Uyah ni…..’ kata Adam sambil matanya merenung kearah Lisa dan tersenyum.
Dan Lisa tiba-tiba menjadi tidak keruan dan jantungnya berdegup laju…..