Tuesday, April 1, 2014

Hari kedua

Azan subuh sayup-sayup kedengaran….

“Dah subuh……” sebut Lisa perlahan sambil matanya masih tertutup rapat…..

Dah Lisa dah…..nanti bolehlah kelam kabut….asyik kelam kabut jer….. Lisa mengomel sendirian.

Dalam pukul 7 pagi, Lisa cepat-cepat turun dari apartmentnya dan terus ke kereta. Lisa tersenyum sendirian memandang keretanya seraya berkata sendirian….

“Alhamdulillah….”

Mujur ada jejaka bengkel semalam yang membantunya menyelesaikan masalah tayar kereta Honda City miliknya itu. Selalunya bila Lisa ada masalah yang membabitkan kereta, Lisa hanya menjerit…..“Abah…..”. Atau lebih kerap lagi, abah yang akan menguruskan hal ehwal kereta itu seperti membawanya untuk service dan juga untuk ke car wash. Kalau pasal tayar pancit, tak usah ceritalah, abah akan selesaikan sampai selalunya Lisa pun tak tahu yang tayarnya pancit petang semalam, sebab bila nak pergi kerja je, kereta dalam keadaan ready jer. Abah dah tolong hidupkan enjin pun. Tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Abah akan dengan segera menyelesaikan semua masalah kereta. Rindu pulak rasa pada Abah.

Lisa masih tersenyum sendirian. Malu pulak pada si jejaka tersebut kerana apabila ditanya ada tayar spare tak dan Lisa menjawab, ada kot rasanya, sambil terkial-kial membuka bahagian bonnet kereta…

Terus jejaka tersebut berkata “tak apa….biar saya tengok….”

Dalam pukul 8 pagi, Lisa sudah berada di tempat kerja. Dia terus menjengok ke meja sebelah…..alah….Siti tak ada minggu ni….bosannya…..keluh Lisa. Seronoknya…pergi honeymoon, tour Europe dan mungkin nanti tak perlu dah kerja kawan aku ni, sebab dapat suami kaya….haish….cemburunya….nak kahwin jugak….Hati Lisa berkata-kata dan terus bayangan wajah Adlan muncul. Dan apabila wajah itu muncul, Lisa terus berasa pilu kerana dia sama sekali tidak menyangka, usia perkenalan yang sudah masuk 5 tahun, boleh berakhir begitu sahaja…..

Tiba-tiba lamunan Lisa terhenti……

“ Lisa, I have seen your group proposal on the Kaizen activities and I think it’s really good. Can you present it in this week operation meeting?” kata Kevin, boss Lisa yang tiba-tiba memecahkan lamunan Lisa dan menyebabkan Lisa sedikit tersentak.

“Yes, boss…..errr….I’ll email it to Miss Sandra and request for a slot for this presentation this week” jawab Lisa pantas.

Setelah Kevin berlalu pergi, Lisa cepat-cepat menepuk mukanya berkali-kali dan mengingatkan dirinya….Lisa, you are in the office now, please stop day dreaming and do your work…dah la minggu ni minggu audit, kalau terus berangan-angan je, malam nanti pun belum tentu boleh balik. Come on Lisa…wake up…wake up….

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30petang.

“Okay guys, thank you very much. I have reviewed and seen all the records, files and documents and I believed that we are so ready for the audit tomorrow. We shall just go as per the plan and I shall need the leader of the respective area to standby at your work station during the plant tour. And don’t forget to make sure your subordinates knew the companies vision and mission…” kata Lisa sambil tersenyum lega dan mengakhiri mesyuarat petang itu.

Dah nak dekat pukul 7 malam dah ni….Lisa mengomel sendirian dan terus ligat berjalan balik semula ke ruang kerjanya dari bilik mesyuarat. Setibanya di situ, dia terus terlihat sebungkus gula-gula nano-nano di atas mejanya dan kemudiannya…..

“Hai Lisa! Tak balik lagi? ” tegur Shamsul dari arah belakang.

“Ha ah….belum lagi, tapi nak balik dah ni, nak siap-siap dah. Thanks bagi gula-gula ”, kata Lisa pada Shamsul sambil menoleh ke belakang dan melemparkan senyuman terpaksa kepada Shamsul.

“Lisa, jom pergi minum-minum dulu….” pelawa Shamsul yang semakin dekat dengan Lisa. Pelawaannya diiringi denga gaya menawan seorang lelaki yang agak menarik penampilannya dan caranya menyebut nama Lisa sangat unit sebutannya yang sering kali membuatkan Lisa yang sememangnya terkenal sebagai seorang Quality Engineer yang tegas itu, seolah-olah terpaku.

“Err….minum….ala Sham, Lisa baru je lepas minum sebab tadi ada meeting kan….” Jawab Lisa dalam keadaan sedikit gagap sambil tangannya sibuk mengemas ruang kerjanya. Shamsul pula tidak bergerak dari tempat di mana dia berdiri tadi, di hadapan meja Lisa dan terus memandang kearah Lisa membuatkan Lisa berasa kurang selesa.

“Lisa…..”

“You really don’t like me, don’t you? You’ve never accepted any of my invitations...minum-minum ke, lunch ke, weekend ke...sombong la you ni...langsung tak bagi peluang ” Shamsul terus berkata-kata dan kali ini dia sudah menundukkan sedikit badannya menyebabkan kedudukan mukanya dalam jarak kurang dari 2 pembaris panjang dengan muka Lisa.

“Errr....Sham….bukan macam tu... I...now...I really need to go...jumpa esok ” jawab Lisa dan terus dengan pantas terus berlalu meninggalkan Shamsul...

Hari pertama

Hari ini, genap setahun aku menetap di sini. Tinggal seorang diri, keseorangan, kesunyian, kesedihan barang kali……

“Lisa, mesti ke Lisa terima offer kerja tu?”

“Lisa…. dah lama Lisa tak tinggal dengan ibu, sekarang dah tinggal dengan ibu, dah kerja sini elok-elok, nak pindah pulak, ke Shah Alam pulak tu. Bukan ke Lisa kata dulu tak nak tinggal di tempat-tempat besar tuh tapi sekarang……”

“Lisa, ibu tahu……”

Aku membatu, membiarkan sahaja ibu terus berkata-kata. Sejak dari semalam, sejak aku meyuarakan hasrat untuk berpindah ke Shah Alam, ibu tak habis-habis memujuk……
“Ibu, Lisa sayang ibu. Ibu tahu kan…..Lisa perlukan perubahan dalam hidup Lisa ni ibu. Lisa perlu pergi….untuk menjadi yang lebih baik….”, tuturku perlahan sambil memegang tangan Ibu.

“Tolonglah…..tolonglah benarkan Lisa pergi ibu…….”, sambungku lagi tanpa dapat menahan perasaanku dan air mataku menderu laju.

Sudah beberapa hari, air mataku begitu mudah mengalir, sejak dari hari itu……sejak keluarga Adlan memulangkan cincin pertunangan kami. Aku keliru, benar-benar keliru. Tiada kata-kata, tiada panggilan telefon, sms, atau apa-apa dari Aidil selama seminggu sebelum itu dan tiba-tiba, keluarganya datang bertandang ke rumahku, memutuskan ikatan pertunangan kami.

Namun beberapa hari selepas itu, setelah aku semakin waras secara rasional dan emosional, barulah aku sedar, yang sudah lama rupanya Adlan dingin terhadapku, memberikan aku tanda-tanda yang dia sudah tidak memerlukan aku….. Dia semakin jarang menghubungiku, dan sentiasa sibuk dan tidak dapat bercakap bila aku pula yang menghubunginya. Namun aku tidak pernah mengesyakinya, aku bersangka baik, fikirku, mungkin dia sibuk mengatur kehidupannya sebagai seorang engineer yang baru nak bermula. Kadangkala timbul juga di benakku…..aku juga seorang engineer, tapi masih ada masa untuk kehidupan yang lain selain dari tempat kerja.

Ahhhh……Lisa mendengus, kenapa aku masih teringatkan Adlan walau sudah setahun tali pertunangan kami diputuskan. Adakah aku sukar menerima kenyataan? Adakah aku sudah tidak percayakan takdir Tuhan? Kenapa aku masih memikirkan mengapa Adlan mengambil keputusan ini? Keputusan yang tidak pernah aku bayangkan……betullah…..kita hanya merancang, Tuhan jua yang menentukan. Adlan, lelaki pertama yang kucintai, rupanya bukan jodohku......
Isk…..isk……teresak-esak Lisa menahan sendu tangisnya……

Telah jauh terpisah diriku dan dirimu…..bergema ring tone lagu Sixth Sense – tak bisa memilihmu dari telefon bimbit Lisa.

“Assalammualaikum, Lisa…..”

“Waalaikumsalam, Siti, kenapa call pagi-pagi nih?” balas Lisa.

“Eh kenapa suara engko lain ni, is something wrong?,” kata Siti, teman rapat Lisa di tempat kerja.

“Takde apalah Siti, selsema sikit nih…..” jawab Lisa sambil mengesat air matanya, cuba menyembunyikan tangisnya dan meredakan perasaannya yang kian mendung itu.

“Lisa, selsema ke apa ke, hari nih, you must come, tak boleh escape tau, kalau boleh datang awal sikit tau. Kalau engkau tak datang, aku tak nak menikah…. Engkau nanti yang kena jawab kat semua orang…..” gertak Siti dengan nada serius.

“Yelah, yelah, aku datanglah…. Ni pun bangun awal tau nak siap-siap berhias, mandi bunga……” jawab Lisa pantas.

“Eh, janganlah over mengalahkan pengantin pulak.Eh oklah….mak aku panggil tu… See you…..bye…..” sampuk Siti pantas…..

“Eh Siti……Siti……laa, dia letak telefon macam tu je minah ni,” Lisa mengomel seorang diri…

“Ala…..tayar kereta ni….masa ni jugaklah nak pancit” Liisa mengeluh panjang bila turun dari tingkat 11 rumahnya dan mendapati tayar keretanya pancit. Tanpa berfikir panjang, dia berjalan keluar dari pintu pagar batu kawasan apartmentnya apabila teringatkan bengkel kereta selang beberapa buah dari kedai makan yang selalu dikunjunginya atau lebih tepat lagi itulah satu-satunya kedai makan di situ yang begitu kerap dikunjunginya. Telah menjadi rutin hariannya, kalau balik awal dari kerja, ketika matahari masih lagi bersinar, dia akan singgah di situ untuk tapau dan kemudiannya masuk ke apartment mengunci diri sehinggalah pagi esoknya mengulang semula rutin hariannya. Kalau sudah malam baru pulang dari tempat kerja, Lisa akan terus ke apartmentnya.

“Errr….encik boleh tumpang tanya…..” sapa Lisa kepada seorang jejaka yang kelihatannya sedang sibuk membaiki bahagian tingkap kereta itu….mungkin bahagian power window kereta tu rosak kot, bisik Lisa dalam hati kecilnya sambil dia terkenangkan kata-kata kawannya di pejabat yang pernah memberitahunya yang kereta jenis itu selalu ada masalah power window.Sejurus dengan itu, terus Lisa terfikir semula….tapi ini bengkel baiki kereta…bukan kedai tayar…alamak…macam mana ni….sebelum Lisa sempat untuk berpaling dan beredar dari situ, lelaki itu kini sudah berdiri di hadapan Lisa…..Mereka bertentangan mata dan lelaki itu terus merenung dalam-dalam ke muka Lisa dan kelihatan riak mukanya agak terkejut sedikit dan tidak berkata-kata….

“Assalammualaikum…..err….encik….maaf ganggu….”