Tuesday, April 1, 2014

Hari pertama

Hari ini, genap setahun aku menetap di sini. Tinggal seorang diri, keseorangan, kesunyian, kesedihan barang kali……

“Lisa, mesti ke Lisa terima offer kerja tu?”

“Lisa…. dah lama Lisa tak tinggal dengan ibu, sekarang dah tinggal dengan ibu, dah kerja sini elok-elok, nak pindah pulak, ke Shah Alam pulak tu. Bukan ke Lisa kata dulu tak nak tinggal di tempat-tempat besar tuh tapi sekarang……”

“Lisa, ibu tahu……”

Aku membatu, membiarkan sahaja ibu terus berkata-kata. Sejak dari semalam, sejak aku meyuarakan hasrat untuk berpindah ke Shah Alam, ibu tak habis-habis memujuk……
“Ibu, Lisa sayang ibu. Ibu tahu kan…..Lisa perlukan perubahan dalam hidup Lisa ni ibu. Lisa perlu pergi….untuk menjadi yang lebih baik….”, tuturku perlahan sambil memegang tangan Ibu.

“Tolonglah…..tolonglah benarkan Lisa pergi ibu…….”, sambungku lagi tanpa dapat menahan perasaanku dan air mataku menderu laju.

Sudah beberapa hari, air mataku begitu mudah mengalir, sejak dari hari itu……sejak keluarga Adlan memulangkan cincin pertunangan kami. Aku keliru, benar-benar keliru. Tiada kata-kata, tiada panggilan telefon, sms, atau apa-apa dari Aidil selama seminggu sebelum itu dan tiba-tiba, keluarganya datang bertandang ke rumahku, memutuskan ikatan pertunangan kami.

Namun beberapa hari selepas itu, setelah aku semakin waras secara rasional dan emosional, barulah aku sedar, yang sudah lama rupanya Adlan dingin terhadapku, memberikan aku tanda-tanda yang dia sudah tidak memerlukan aku….. Dia semakin jarang menghubungiku, dan sentiasa sibuk dan tidak dapat bercakap bila aku pula yang menghubunginya. Namun aku tidak pernah mengesyakinya, aku bersangka baik, fikirku, mungkin dia sibuk mengatur kehidupannya sebagai seorang engineer yang baru nak bermula. Kadangkala timbul juga di benakku…..aku juga seorang engineer, tapi masih ada masa untuk kehidupan yang lain selain dari tempat kerja.

Ahhhh……Lisa mendengus, kenapa aku masih teringatkan Adlan walau sudah setahun tali pertunangan kami diputuskan. Adakah aku sukar menerima kenyataan? Adakah aku sudah tidak percayakan takdir Tuhan? Kenapa aku masih memikirkan mengapa Adlan mengambil keputusan ini? Keputusan yang tidak pernah aku bayangkan……betullah…..kita hanya merancang, Tuhan jua yang menentukan. Adlan, lelaki pertama yang kucintai, rupanya bukan jodohku......
Isk…..isk……teresak-esak Lisa menahan sendu tangisnya……

Telah jauh terpisah diriku dan dirimu…..bergema ring tone lagu Sixth Sense – tak bisa memilihmu dari telefon bimbit Lisa.

“Assalammualaikum, Lisa…..”

“Waalaikumsalam, Siti, kenapa call pagi-pagi nih?” balas Lisa.

“Eh kenapa suara engko lain ni, is something wrong?,” kata Siti, teman rapat Lisa di tempat kerja.

“Takde apalah Siti, selsema sikit nih…..” jawab Lisa sambil mengesat air matanya, cuba menyembunyikan tangisnya dan meredakan perasaannya yang kian mendung itu.

“Lisa, selsema ke apa ke, hari nih, you must come, tak boleh escape tau, kalau boleh datang awal sikit tau. Kalau engkau tak datang, aku tak nak menikah…. Engkau nanti yang kena jawab kat semua orang…..” gertak Siti dengan nada serius.

“Yelah, yelah, aku datanglah…. Ni pun bangun awal tau nak siap-siap berhias, mandi bunga……” jawab Lisa pantas.

“Eh, janganlah over mengalahkan pengantin pulak.Eh oklah….mak aku panggil tu… See you…..bye…..” sampuk Siti pantas…..

“Eh Siti……Siti……laa, dia letak telefon macam tu je minah ni,” Lisa mengomel seorang diri…

“Ala…..tayar kereta ni….masa ni jugaklah nak pancit” Liisa mengeluh panjang bila turun dari tingkat 11 rumahnya dan mendapati tayar keretanya pancit. Tanpa berfikir panjang, dia berjalan keluar dari pintu pagar batu kawasan apartmentnya apabila teringatkan bengkel kereta selang beberapa buah dari kedai makan yang selalu dikunjunginya atau lebih tepat lagi itulah satu-satunya kedai makan di situ yang begitu kerap dikunjunginya. Telah menjadi rutin hariannya, kalau balik awal dari kerja, ketika matahari masih lagi bersinar, dia akan singgah di situ untuk tapau dan kemudiannya masuk ke apartment mengunci diri sehinggalah pagi esoknya mengulang semula rutin hariannya. Kalau sudah malam baru pulang dari tempat kerja, Lisa akan terus ke apartmentnya.

“Errr….encik boleh tumpang tanya…..” sapa Lisa kepada seorang jejaka yang kelihatannya sedang sibuk membaiki bahagian tingkap kereta itu….mungkin bahagian power window kereta tu rosak kot, bisik Lisa dalam hati kecilnya sambil dia terkenangkan kata-kata kawannya di pejabat yang pernah memberitahunya yang kereta jenis itu selalu ada masalah power window.Sejurus dengan itu, terus Lisa terfikir semula….tapi ini bengkel baiki kereta…bukan kedai tayar…alamak…macam mana ni….sebelum Lisa sempat untuk berpaling dan beredar dari situ, lelaki itu kini sudah berdiri di hadapan Lisa…..Mereka bertentangan mata dan lelaki itu terus merenung dalam-dalam ke muka Lisa dan kelihatan riak mukanya agak terkejut sedikit dan tidak berkata-kata….

“Assalammualaikum…..err….encik….maaf ganggu….”

1 comment:

Anonymous said...

ini novel baru ke?