Thursday, October 16, 2014

Hari Keenam

‘Lisa…you look pale? Is everything ok? Are you not feeling well?’ tegur Kevin.

‘Arrr…..oooo….I’m ok…..’ jawab Lisa tergagap-gapap.

‘Lisa, if you’re not feeling well, I can help you with the presentation….,’ tambah Kevin lagi.

No…boss….no…..I’m good, don’t worry…’ jawab Lisa pantas memotong kata-kata Kevin.

Lisa terus menuju ke ladies. Dia masuk ke dalam tandas di hujung sekali dan duduk di atas mangkuk tandas duduk itu lalu menangis teresak-esak tetapi masih perlahan. Dia tidak mahu tangisannya didengari orang. Air matanya menderu laju.

Lisa…..be professional. This is your work place. Let’s leave everything behind and move on. Come on Lisa….you can do it….you have cried enough and now you are crying again for that same reason…oh come on Lisa…..get over it….stop crying….and stop jeopardizing your career just because of him….arrrghhhhh….how stupid can you be…..

Bentak Lisa dalam hatinya sambil tangan kanannya mengetuk-ngetuk bahagian kiri dadanya.

Setelah hampir 7 minit, Lisa kembali tenang dan mula mengesat air matanya. Setelah dikesat sepenuhnya air mata pada wajahnya yang berbentuk bujur sirih itu dan setelah pasti yang dia tidak akan kelihatan seperti orang baru lepas menangis, dia keluar dari bilik tandas itu. Bagi Lisa adalah sangat penting untuknya memastikan yang dia tidak kelihatan seperti orang baru lepas menangis, sangat penting! Lisa tidak mahu orang tahu yang dia menangis dan seterusnya mengundang pelbagai persoalan. Dan yang paling dia mahu elakkan ialah simpati orang sebagaimana kata-kata simpati saudara-mara dan rakan-rakan rapatnya apabila dia putus tunang dulu. Dia tidak mahu semua itu. Dia faham, mereka simpati kerana mereka sayang kepadanya tetapi wajah-wajah simpati, kata-kata simpati itu seolah-olah membunuhnya. Membuatkan dia rasa sangat lemah dan tidak berdaya untuk menghadapi semua ini. Menyebabkan dia rasa yang dirinya sangat malang…….

Lisa merenung ke cermin muka yang luas itu. Dia cuba mengukir senyuman sambil membetulkan tudungnya. Dan kemudian, berkata sendiri kepada dirinya ‘Lisa, jom buat kerja and present both reports fluently with full energy. You can do this!’ sambil tangan kanannya digenggam kuat-kuat.

Oh, hanya Tuhan sahaja yang tahu gelora di hatinya yang bermula sejak insiden tengah hari semalam. Yang mengingatkan dia kembali kepada seorang manusia yang sangat dicintainya. Dan insiden yang telah merungkai semua persoalan yang bermain-main dikotak fikirannya selama ini. Semua persoalan yang mungkin tidak perlu lagi dipersoalkan tetapi hakikatnya pada hati seorang gadis yang masih terlalu naif tentang dunia dan cinta, semua persoalan ini sangat menyiksa jiwa dan sangat memerlukan kepada sebuahjawapan, kepastian yang perlu diperjelaskan.

Tetapi jawapan itu hanya menyakitkan lagi hati yang sudah dirobek hancur.....

Lelaki yang aku kasihi dan mungkin masih lagi di hati
Yang pergi tanpa permisi
Yang tiba-tiba tiada lagi di sisi
Yang mengundang tangis tanpa bunyi
Yang mengguris hati dalam sekali
Dan cinta yang masih bersisa
Walau telah sekian lama
Hati masih berdebar
Naluri masih bergetar
Untuk apa
Untuk siapa
Sukarnya meneutralkan hati dari rasa cinta
Walau telah terluka sekian lama

No comments: