Ya Allah
Jika aku mati malam ini
Mana tempatku
Tolonglah katakan syurga tempatku
Tolonglah Ya Allah
Tak mungkin aku mampu menahan siksa nerakamu
Ya Allah
Jika aku mati malam ini
Hantarlah aku ke syurga
Walau aku sering lupa
Leka dan alpa
Serta terlalu mengikut
Nafsu semata-mata
Ya Allah
Jika aku mati malam ini
Jangan hantar aku ke neraka
Aku buat semua Ya Allah
Tapi
Tapi
Hatiku kerap kali tiada
Dalam solatku
Dalam ibadatku
Hatiku pergi merata-rata
Hilang memikirkan dunia
Dunia dan dunia
Walau aku tahu semuanya hanya sementara
Ya Allah
Jika aku mati malam ini
Aku tidak mahu ke neraka
Walau aku tahu
Keikhlasanku
Kesetiaanku
Kasihku dan sayangku
Sering aku salurkan pada dunia
Bukan untuk syurga
Tapi mahu syurga
Takut neraka
Ya Allah
Bantulah aku
Bantulah aku
Nak syurga
Nak syurga
Tapi sering menderhaka
Tak sedar diri
Lalai dan lupa
Tapi tetap nak syurga Ya Allah.....
No comments:
Post a Comment