Tuesday, November 14, 2006

Lantaran Hati Yang Mati

This is wrote in Apr 2003 for Relexjap Yahoogroup

Lantaran Hati yang Mati

Lantaran hati yang mati
manusia itu sekadar memandang
mempersoal bertanya berdebat
dan duduk diam
Lantaran hati yang mati
manusia itu berperasaan simpati (mungkin) tapi sekadar perasaan tidak diterjemahkan tiada tindakan dan duduk diam
Lantaran hati yang mati
manusai itu tetap merasa
tercabar terhina
tetapi manusia itu tetap bergembira
kerana ini bukan yang pertama kali
manusia itu barangkali sudah lali
hidup mewah seperti biasa
tetapi ketika terasa semula
tiada air mata
dan duduk diam
Lantaran hati yang mati
manusia itu tetap lantang bersuara
berdebat tentang jihad
tetapi tiada jihad
berdebat tentang agama
mengkritik mengutuk
dan lagi dan lagi
sekadar suara kedengaran
suara bukan dari hati
hanya sekadar dari naluri simpati
atau mungkin hipokrit
kerana hati direlakan mati
supaya nikmat dunia tidak terhenti
dan akhirnya manusia itu tetap
duduk diam.......

No comments: