Setibanya di
office pagi tadi, Lisa tidak beranjak dari tempat duduknya. Dia sibuk mengumpul semua hasil audit 2 hari lepas untuk dibentangkan esok di dalam operation meeting. Oleh itu, dia berhasrat untuk menyiapkan laporan itu hari ini juga agar bossnya Kevin boleh menyemak dahulu laporan tersebut sebelum dibentangkan. Lagi pulak, pagi-pagi lagi Kevin telah datang ke mejanya.
‘Lisa...
don’t forget to send me the full report by end of today yaa,’ arah Kevin sambil tersenyum kepada Lisa.
‘
Ay aaay boss...’ Jawab Lisa perlahan dan terus menumpukan sepenuh perhatian ke atas kertas-kertas yang berserakan di atas mejanya.
Menjelang tengah hari, hampir 80% laporan tersebut telah berjaya disiapkan.
‘Alamak….dah hampir pukul 1...patutlah lapar pulak rasa perut ni...’ dengus Lisa perlahan.
‘Dah la Siti tak ader...malasnya nak pergi cafĂ© sorang-sorang..mana Kak Ainun ni’ kata Lisa perlahan sambil menjengulkan lehernya keluar untuk melihat ke ruang kerja Kak Ainun.
Sebaik ternampak kelibat Kak Ainun, ’Kak Ainun...jom pergi makan...Lisa lapar sangat ni..’
‘Ingatkan kenyang jer. Akak tengok Lisa sibuk dok
concentrate kat report je dari tadi, nak datang gosip pun takut..’ kata Kak Ainun sambil terus berjalan ke meja Lisa.
‘Ala...akak...tak nak gossip-gosip ni...Gosip tak mengenyangkan...Lisa lapar….Lisa nak makan..jom la gi cafe...,’ balas Lisa sambil menarik-narik lengan baju Kak Ainun.
‘
Report audit dah nak siap ke?’ tanya Kak Ainun lagi.
‘Ha ah...sikit je lagi...lega rasanya..Lisa kena siapkan cepat sebab boss suruh
present esok. Dah la esok jugak nak
present Kaizen nyer
report lagi….’ Jelas Lisa sambil tersenyum tanda lega mengenangkan laporannya yang hampir siap.
‘Kalau camtu, jom la ikut akak keluar..akak nak pergi kedai buku dekat seksyen 18 tu, dekat kedai makan yang Lisa suka tu...kita makan kat situ nak?’ pelawa Kak Ainun.
Mendengar perkataan kedai buku dari mulut Kak Ainun, Lisa sudah tersenyum-senyum geli hati sambil terus mulutnya...
‘Eh, sejak bila pulak akak suka pergi kedai buku. Selalunya Lisa dan Siti jer yang hantu buku. Akak kan cakap akak
allergic dengan buku-buku ni?’ kata Lisa.
‘Amboi! Perli nampak. Akak nak pergi beli buku latihan Aiman. Pusat Tuisyen Aiman suruh beli. Aiman kan dah darjah 5, tahun depan dah nak UPSR, jadik akak pun kena la agresif sikit cik adik oooi…’ terang Kak Ainun sambil mencubit lengan kiri Lisa.
‘Adoi!'
'Ha..ok oklah, Aiman punya pasal, Lisa sedia berkorban..’ teriak kecil Lisa sambil mengambil beg kecilnya, kunci kereta dan kemudian terus menarik tangan Kak Ainun.
Setibanya di restoran itu, Lisa sudah nampak tulisan di papan notis comel di hadapan kedai tersebut….
TODAY SPECIAL…..BRIYANI KAMBING. Dia segera duduk di meja kosong di barisan hadapan di kaki lima kedai itu kerana di bahagian dalam kedai semuanya penuh dengan orang yang hadir untuk tujuan yang sama dengannya.
Sedang mereka santai duduk menikmati makanan dan berbual-bual, tiba-tiba Lisa terpandang satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya....