Thursday, October 28, 2010

Biar itu hanya kata hatiku....

pada suatu hari, sang suami mendapati
air deras keluar dari kelopak mata sang isteri
sang suami lalu bertanya
sang isteri, mengapa menangis……

sang isteri lantas berkata
wahai suamiku, kekasih hatiku
sudah lama aku menangis
sudah hampir kering air mataku
adakah engkau baru tahu?

sang suami keliru…..apa maksudmu?
mengapa tidak kau berkata-kata padaku….

sang isteri tersenyum
duhai suamiku, kekasih hatiku
pernahkah engkau mendengar kata-kataku…

suamiku
benar katamu, aku hanya seorang isteri, seorang wanita
akalku cetek dan aku hanya menurut kata-kata hatiku
aku tak mampu berfikir jauh
dan hatikulah kelemahanku
dan hatiku kini telah sejuk beku
hatiku makin layu kerana tiada lagi kata-kata rindumu
belaian manjamu, kata-kata manis, sayang yang membuai hatiku dulu
hatiku kini kaku……
meski kau tahu suamiku, hatikulah kelemahanku...
namun engkau tidak memanjakan hatiku…
aku rindu
sangat sangat rindu
pada hatiku yang kau belai dulu…..

suami ku
aku tidak mahu terus menunggu

dengan itu suamiku...
lihat....
ini hatiku yang sejuk beku
hari ini....
aku ingin menghempaskan hatiku ini yang dulu kasih padamu
pada batu itu....
lalu berkecailah hatiku itu…..

Justeru itu, suamiku
tiada lagi hatiku padamu
dan aku, wanita yang hanya menurut kata-kata hatiku
ingin buat kali terakhir menurut kata hatiku
aku ingin berlalu
aku ingin pergi jauh darimu....


AYu

No comments: