Friday, October 23, 2009

Bercintalah berkali-kali!

Got this article from Majalah Solusi. A good article. Down here is only a portion of the article, to read more, buy the magazinelah....:)

Cinta itu perlu diperbaharui. Perbaharuilah cinta dengan luahan kata-kata yang baik. Jangan membisu, jangan menjadi tuli. Sentiasa jadi lidah yang menuturkan kata-kata yang baik agar ada telinga yang sentiasa terbuka dan sudi mendengarnya.

Bercinta lagi...
Untuk bercinta lagi, luahkanlah kata-kata yang baik untuk mencairkan prasangka, meleburkan curiga dan memadankan dendam. Cari-carilah topik yang menarik untuk diperbualkan. Antara kaedahnya ialah:

1) Berdoa untuk Allah ilhamkan kata-kata yang baik dan menarik semasa memulakan perbualan.
2) Menerima dan berkongsi hobi dengan pasangan.
3) Ulas apa yang anda dengar, lihat atau baca dengan pasangan serta kaitkan dengan situasi terkini dalam rumahtangga.
4) Sekali-sekala masak bersama resipi kesukaannya.
5) Jangan prasangka dan curiga, dan selalu memaafkan, selagi pasangan tidak melanggar syariat.
6) Amalkan peraturan 24 jam. Jangan biarkan "gencatan suara" melebihi 24 jam. Mujahadahlah untuk meminta maaf secara rasmi atau tidak rasmi.
7) Tempoh-tempoh yang dirasakan sukar dalam perhubungan hendaklah diisi dengan amalan habluminnallah seperti solat, munajat dan taubat. Jangan selesaikan masalah dengan satu masalah lain.

No comments: