Thursday, January 22, 2015

Anakku sayang

Anakku sayang
buah hati mama
kesayangan mama
kurniaan teristimewa buat mama

Banyak yang mama tidak tahu
banyak yang mama kelu dungu
banyak yang mama kurang dan banyak yang mama lemah lagi tidak tabah

Maafkanlah mama...anakku sayang
ketika ditanya arah tuju
ketika ditanya bertalu-talu
ke manakah yang perlu kita lalu
mama terus membisu
kerana mama sendiri tidak tahu
apa yang perlu
apa yang mereka mahu
apa yang kita mahu
arah mana yang sepatutnya kita tuju...

Anakku sayang
maafkan mama
kerana sering leka dan lupa
terlalu mudah putus asa
kecewa dan berhenti berusaha
menangani semuanya
kerana mama hanya insan biasa
yang kadang kala lupa pada yang esa....
lupa untuk redha dan belajar menerima
lupa untuk syukur dan sabar dalam berusaha
Maafkan mama....anakku sayang

Anakku sayang
Terimalah mama seadanya
walau dalam apa jua ketika
sayang tetap buah hati mama
sayang tetap kesayangan mama
selagi hayat masih ada
kasih sayang mama tidak akan kurang
malah makin bertambah dengan masa
makin cinta dengan setiap kurniaanNya

Terima kasih Allah
terima kasih yang tidak terhingga
mengurniakan aku yg teristimewa
panjangkanlah kasih sayang antara kami
panjangkanlah usia kami bersama-sama
tabahkanlah hati kami
mudahkanlah urusan dunia kami
sesungguhnya dunia ini hanya sementara
akhirat jua yang kekal selamanya

Anakku sayang
bersabarlah
bertabahlah
menghadapi semuanya
apalah dunia
berbanding syurga.....





No comments: