Saturday, June 21, 2014

Sukarnya hidup

Aku menangis
Melihat sekelilingku
Yang teraniaya
Yang terluka
Yang dihina
Yang kesempitan
Yang dibunuh
Yang dibiar menderita

Aku menangis
Aku bimbang
Aku takut
Salah akukah
Membisu
Mementingkan diriku
Hanya aku dan keluargaku
Yang lain aku biarkan berlalu
Aku buat tak tahu
Aku rela jadi dungu
Semata-mata untuk memudahkan hidupku....dan hanya hidupku

Ya Allah
Ampunkan aku
Sukarnya hidup ini
Terlalu banyak yang aku tidak lakukan
Terlalu sedikit yang aku lakukan
Adakah hatiku sudah membeku
Lalu aku jadi dungu
Membiarkan semuanya berlaku

Aku yang bersalah
Aku yang ambil mudah
Aku yang pilih untuk buat tak tahu
Dengan alasan aku hanya satu bukan beribu
Walhal kalau tak mula dengan aku
Dam hanya harapkan yang selain aku
Asal bukan aku
Yang membantu
Yang membantu
Yang membantu
Mereka yg memerlukan aku...

Setiap aku yang ada perlu bersatu
Perlu bangun dan membantu
Bukan kerana aku
Kerana Allah
Kerana tanggungjawab sesama hamba
Kerana esok lusa
Semua yang berlaku
Akan dihitung satu persatu
Aku tidak mahu buntu
Ketika menjawab kepada yang Satu....

Tuesday, June 17, 2014

Hari Keempat

Hari ini hari Kedua ISO 9001 audit di tempat kerja Lisa, Presco Electric Sdn Bhd, sebuah syarikat multinasional yang terletak di kawasan perindustrian Seksyen 15 Shah Alam. Sebagai seorang quality engineer, sememangnya memastikan pencapaian dan kepatuhan syarikat terdapat standard antarabangsa ini menjadi tugas hakiki Lisa. Dia suka akan kerjanya ini. Tambahan pula setelah bergelar Certified Quality Engineer, dia semakin memahami tugasnya dan dengan itu semakin mencintai dan menghargai pekerjaan. Benarlah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Lisa semakin mengenal dan mendalami pekerjaannya itu setelah dia berpeluang menghadiran kursus certification itu selama satu tahun iaitu sebaik sahaja Lisa menyertai syarikat ini.

Apabila terkenang akan perkara ini, Lisa akan cepat-cepat menyebut Alhamdullilah sebagai menzahirkan kesyukurannya kerana dipilih untuk menimba ilmu biarpun terpaksa berpenat lelah menghadiri kursus itu setiap hujung minggu. Dan dengan menghadiri kursus ini juga, dia begitu sibuk saban hari dan ini telah sedikit sebanyak membantunya membalut luka di hati dan mengurangkan dirinya dari kerap berfikir tentang memori duka yang telah berlalu itu.

‘Alhamdulillah….’, sebut Lisa lagi apabila dia teringatkan perkara ini sewaktu sedang menunggu auditor-auditor itu bermesyuarat sebelum mengadakan closing meeting.
Tiba-tiba muncul Shamsul yang datang entah dari mana di work station Lisa.

‘Lisa, jom keluar malam ni? Tak payah balik rumah la….’

‘You mesti kena balik lambat sebab dorang tak start closing meeting pun lagi kan? Mesti kurang-kurang pukul 7 baru settle sume’.

Shamsul mengajak Lisa lagi untuk keluar untuk entah kali yang ke berapa. Lisa sering tertanya-tanya kenapa Shamsul tidak pernah berputus asa sedangkan ramai lagi gadis di tempat kerja ni yang memang sentiasa menunggu peluang untuk keluar dengan Shamsul. Bilangan gadis yang tanpa segan silu mengajak sendiri Shamsul untuk keluar dating pun ramai. Yelah kan, orang hensem.

‘Alah bukan buat apa pun, kita keluar makan-makan jer’, sambung Shamsul lagi.

‘Lisa, auditor dah nk start closing meeting’, celah kak Ainun.

Kak Ainun ialah documentation officer di situ. Dia telah lama berkhidmat di syarikat ini sudah hampir 10 tahun.

‘Jom….’, tambah kak Ainun lagi dan kemudian menoleh kepada Shamsul yang ada di depan Lisa.

‘Encik Shamsul mata keranjang, you buat apa kat sini? Kacau Lisa lagi ke?’ kata Kak Ainun sambil mengambil pembaris panjang dan memukul lengan kiri Shamsul.

‘Kak Ainun, mata keranjang apa pulak ni….mata saya okay jer….hah tengok ni ok kan?’ balas Shamsul sambil membeliakkan matanya di hadapan kak Ainun.

‘Jom la Kak Ainun, nanti lama pulak dorang tunggu….’, kata Lisa seraya menarik tangan Kak Ainun dan bergegas pergi dari situ.

‘Lisa, what about me? Jadi yer date kita….i tunggu u tau…’, jerit Shamsul dari belakang.

Sebaik mendengar jeritan Shamsul, Kak Ainun sempat lagi menoleh ke belakang dan membalas ‘She is not interested la….’, dan terus selepas itu melangkah laju bersama Lisa menuju ke bilik mesyuarat.

Closing meeting berakhir dalam pukul 6.30 petang. Setelah semuanya selesai, Lisa dan Kak Ainun pun berjalan semula ke work station mereka.

‘Lisa, jangan layan tau Shamsul tu. Dia tu mata keranjang. Akak perasan jugak dia dok selalu datang kat meja Lisa. Dia tu bukan boleh harap’, jelas kak Ainun bersungguh-sungguh untuk entah kali yang ke berapa juga.

‘Lisa tahu kak. Dah banyak kali akak cakap kan. Tapi bukan Lisa yang cari dia. Dia yang datang kat meja Lisa. Tak jemu-jemu datang ajak Lisa keluar. Heran Lisa, mana agaknya awek dia yang ramai-ramai tu’, Lisa membalas sambil menundukkan mukanya, tanda protes dan tidak tahu bagaimana cara untuk berhadapan dengan Shamsul tu.

‘Lisa tak nak la nampak sangat yang Lisa tak suka dengan dia. Yelah, nanti takut dia terasa pulak. Tak nak orang kata Lisa sombong pulak’.

Dan di akhir hari tu Lisa is feeling annoyed.