selalu hatiku teguh
yakin akan perasaanku
tetap akan pada cintaku
meluap-luap penuh dengan rasa kasih dan sayang
terhadap insan yang sangat aku cintai
demi membina istana yang bukan akhirnya di dunia
tapi di syurga
namun kadang-kadang
aku tertanya-tanya adakah penting elemen setia?
atau kerana cinta yang mendambakan syurga
elemen setia hanya untuk si bunga
bukan untuk si kumbang yang bebas mengaut cinta
dan bagaimana pula elemen percaya?
percaya akan cinta itu tetap bagiku
percaya akan terus ada cinta untukku
percaya si kumbang akan kembali setelah pergi
dan yang paling penting
percaya yang cinta itu bertambah dengan faktor usia
bukan berkurang dengan elemen curiga dan dusta
aku makin keliru dengan hatiku sendiri
aku tidak mahu curiga
namun acapkali hatiku kini ragu-ragu
bolehkah aku terus menaung cinta
tanpa mengharapkan setia
hanya berpandukan syurga
mampukah aku?
There is no guarantee of reaching a goal at a certain time, but there is a guarantee of never attaining goals that are never set - David McNally
Wednesday, March 28, 2012
Saturday, March 24, 2012
kereta kuda emasku
pada suatu hari indah berseri
ada seorang puteri bijak bistari
puteri rupawan berbudi pekerti
patuh dan taat pada tuan besar empunya bumi
suatu hari di hari jadi
puteri dianugerahi hadiah misteri
dari Tuan Besar empunya bumi
sebuah kereta kuda emas melengkapi diri
kata tuan besar empunya bumi
puteri.....
jagalah hadiah ini
suatu hari nanti
akan kupanggil kamu kembali
dan kereta kuda emas inilah yang akan membawa dirimu kepadaku kembali
dan jangan lupa mungkin suatu hari
kamu perlu berkongsi kereta kuda ini
dengan puteri-puteri lain di bumi
pada waktu itu hendaklah kamu rela dan berbakti
tidak hanya mementingkan diri sendiri
puteri sangat suka hati
menerima kereta kuda emas idaman hati
dijaga dibelai setiap hari
ke mana sahaja dibawa pergi
hari berganti hari
kereta kuda emas semakin berseri
girang hati puteri tidak terperi
tiba-tiba pada suatu hari
puteri menerima khabar dari tuan besar empunya bumi
puteri.....
seperti yang telah dijanji
sudah tiba masa kereta kuda emas dikongsi
sudah kutetapkan puteri yang satu lagi
maka bersedialah untuk memberi
kereta kuda emas yang sangat kamu sayangi
mendengar perkhabaran ini
dukacitalah puteri terus menyediri
meratapi takdir yang menimpa diri
puteri tahu yang dia telah berjanji untuk berkongsi
akan tetapi
kasihnya pada kereta kuda emas itu terlalu tinggi
tidak lagi dia ingin berkongsi dengan mana-mana pun puteri di bumi ini
datanglah puteri kepada tuan besar empunya bumi
tuan oh tuan besar empunya bumi
tidakkah tuan berasa simpati
puteri tidak mahu berkongsi
apatah lagi merelakan kereta kuda emas dinaiki puteri yang satu lagi
hati puteri bagai dipukul cemeti
sakitnya rasa tidak terperi
kereta kuda emas amat dikasihi
puteri oh puteri
kata tuan besar empunya bumi
sudahkah kamu lupa pada tujuan asal kereta kuda emas diberi
untuk membawa kamu kembali
sekiranya kamu tidak mahu menerima ketetapan ku ini
maka kereta kuda emas mu ini
tidak akan dapat membawa kamu kembali kepadaku...tuan besar empunya bumi
adakah kamu tidak mahu kembali ke sisi
selaku puteri yang amat kukasihi
adakah kamu lebih kasihkan kereta kuda emasmu dari aku, tuan besar empunya bumi
tidakkah kamu bersyukur dan menyedari
setiap yang aku beri pasti akan kuminta kembali
kerana hanya aku pemilik hakiki
akan semua benda, yang hidup mahupun yang mati
oh tuan besar empunya bumi
maafkan puteri
maafkan puteri
mengikut kata hati yang tidak mahu berkongsi
mengikut nafsu yang membutakan hati
mengikut rasa cemburu yang membelenggu diri
maafkan puteri
maafkan puteri
puteri mahu kembali kepada tuan besar empunya bumi
puteri mahu disayangi oleh tuan besar empunya bumi
maka puteri relakan kereta kuda emas pergi dari diri
walau amat pilu rasa di hati
namun demi mahu kembali kepada tuan besar empunya bumi
dalam keadaan indah cantik berseri
puteri bukakan pintu hati
untuk menerima yang semua yang terjadi
pasti yang terbaik untuk puteri
oh kereta kuda emasku yang amat kukasihi
kurelakan kau dikongsi
walau dalam hati amat terluka dan sepi
pergilah dari diri
dan ingatlah sentiasa bahawa kasihku tidak akan berkurang walaupun seinci
kau tetap kukasihi sentiasa dan tetap di hati
akan sampai tiba masa nanti
tunaikan tanggungjawabmu untuk membawa aku pergi
kembali kepada asalku.... tuan besar empunya bumi....

Subscribe to:
Posts (Atom)