Hati yang kian kelam
Jiwa yang sengsara
Tubuh yang lemah longlai
Jasad yang hilang punca
Minda yg semakin kosong....kosong
Apabila dipanggil oleh si empunya segala
Datanglah hamba dengan rasa penuh hina dan dina
Tunduk sujud menangisi akan segala
Kesilapan
Kealpaan
Kelemahan
Yang untuk kesekian kalinya berpunca dari diri hamba jua
Duhai yang empunya segala
Terima kasih yang tidak terhingga
Kerana ingat jua pada hamba
Yang semakin jauh dari syurga
Semakin dekat pula dengan neraka
Membawa bahu yang sarat menyandang dosa
MengadapMu
Dengan linangan air mata
Yang mencurah curah
Setelah berbuat terlalu banyak dosa
Setelah terlalu kerap merasa bangga dengan diri yang penuh noda
Duhai Pencipta empunya segala
Andai panjang lagi usia hamba dengan mengukir lebih banyak dosa
Pendekkan lah saja umur hamba
Tiada guna panjang usia
Andai akhir nanti di neraka
Dan untuk kesekian kalinya jua
Duhai Tuhan empunya segala
Hamba rayu syurgaMu
Hamba rayu syurgaMu
Hamba rayu syurgaMu
Kerana hamba ini sangat pasti
tidak akan dapat menahan siksa nerakamu.....