Tertipu juga aku
Walau telah banyak juga ilmu yang aku tahu
Walau beribu batu telah aku pergi memburu
Walau telah banyak guru-guruku memberi ilmu
Namun tertipu juga aku
Kerana aku membenarkan diriku tertipu
Tertipu juga aku
Bukan kerana kebodohanku
Bukan kerana pendeknya akalku
Bukan juga kerana kurangnya pengalamanku
Tetapi aku tertipu kerana itu pilihanku
Tertipu juga aku
Tertawan apabila meneguk manisnya madu
Tenggelam dalam keseronokan palsu
Dan aku jadi kelabu
Dalam menentukan arus hidupku
Lalu arus yang penuh debu, tipu, palsu
Itu jua yang jadi pilihanku
Dan yang terlalu memilukan aku
Kerana aku tahu
Tetapi aku tetap membiarkan diriku tertipu
No comments:
Post a Comment