Melihat mereka pergi dan pergi lagi
Saban hari ada saja yang pergi
Pergi langsung, pergi tidak kembali
Yang muda, yang tua, yang bayi, sedia atau tidak
apabila sudah sampai masa pasti pergi jua…
Pergi itu sudah pasti
Kerana Janji yang sudah dimeterai sejak azali
Yang tidak dapat ditolak, ditambah, dibahagi
Samada mahu atau tidak
Tidak relevan lagi
Kerana apabila telah tiba waktu
Tiada yang dapat membantu
Tiada apa lagi yang perlu
Melainkan 3 perkara itu
Dan aku di sini masih termangu-mangu
apakah masih ada lagi
waktu untukku……
Selimut putih
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa kerenda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
No comments:
Post a Comment