Di waktu rehat, 2 orang sahabat sedang berbual-bual, Nina, seorang account executive, masih single, sedang agresif mencari calon suami dan Lisa, seorang manager, telah berkahwin hampir 8 tahun, dan telah mempunyai 3 orang cahaya mata.
Nina : Lisa, aku rasa hidup aku sudah berakhir…….sampai ke tua pun tak kawen la aku…….(dengan wajah sedih seolah-olah merayu simpati sahabatnya itu….)
Lisa : Naper lak nih? Putus cinta lagi?? Ala, kalau putusnya takpe, engko kan seorang yang positif….hah apa lagi cakaplah…next please….
Nina : Ohhh perli aku yer…senanglah engko perli aku, kutuk-kutuk aku….well, you’re just so damn lucky compared to me…..you have everything……..suami yang baik, anak-anak yang comel, kesayangan ibu mertua…..kat ofis, engko boss pulak, lepas tuh yang paling aku takleh terima, ramai yang mengurat engko sedangkan dorang dah tau engko isteri orang…..Aku ni yang single and available nih, orang tak nampak pun….sedih tau…..(jelas Nina panjang lebar, sambil memuncung-muncungkan bibirnya…dan seolah-olah mahu menangis….)
Lisa, tidak berkata apa-apa, sebaliknya hanya mendiamkan diri dan merenung notebook nyer…..
Nina : Lisa, engko dengar tak nih…..eeiiiiii menci betui aku…..pujuk lah aku….takde saper nak pujuk aku…sedih ni tau…..
Lisa menoleh…..matanya berkaca-kata seolah-olah sedang menahan air mata…..dia lalu berkata dengan perlahan….
Lisa : Nina, engko nampak hidup aku macam bahagia sangat kan…semuanya ada, takde apa yang kurang. Betul kan?
Nina hanya mengangguk dan agak kehairanan dengan riak wajahnya temannya yang berubah serta merta…
Lisa : Engko nampak semua yang baik-baik, yang elok-elok, sebab aku tak cerita kat engko yang buruk, yang menyakitkan hati, yang sayu, aku tak pernah cerita kan…..itu sebab engko tak nampak and think that my life is perfect…..well, Nina, aku pun manusia jugak, aku tak perfect….ada masa aku happy, ada masa aku sedih, dan ada masa aku juga ada masalah…..sume orang macam tuh because no one’s perfect…tapi engko tak perasan sume tuh kan….sebab aku pandai cover, aku kan professional, will never mix work and pleasure.....
Lisa menuturkan kata-kata dengan teratur, sambil tersenyum payau…..dan mulalah dia bercerita….
Lisa : Aku kan tinggal sebumbung dengan ibu mertua, engko tau tak, selalu aku terasa macam terpaksa bersaing dengan mak untuk merebut kasih suamiku. Kalau boleh, mak macam nak buat sume untuk suamiku, dari memasak sampailah ke membasuh baju suamiku, makan pakai suamiku sume mak yang nak uruskan…..rasa macam apalah guna aku sebagai isteri. Tapi kadang-kadang aku pikir balik, bagus jugak kan, tak yang buat apa-apa kerja, boleh aku jadi “mem” besar…..bila aku bertegas sikit nak buat apa-apa, suami aku akan tegur, jangan garang sangat dengan mak, kecil hati aku bila ditegur begitu…padahal aku bertegas tak nak mak buat sebab aku tak nak menyusahkan mak, aku nak mak berehat, sudah-sudahlah mak mengurus rumah masa hari aku bekerja, masa hati aku cuti, biarlah aku yang buat…..tapi siapa yang paham kan…..Lepas tuh, dalam menguruskan hal-hal rumah dan anak-anak selalu jugak aku terasa dengan mak dan kecil hati, seolah-olah dia macam check sume keje aku, macam tak percaya dengan aku….tapi yelah, mungkin aku je yang terasa kan, tapi dia tak berniat macam tuh…
Lisa : Tulah Nina, aku hanya manusia biasa, perempuan pulak tuh, selalu terasa kan, emo lebih (Lisa tersenyum tawar….)
Lisa : Dekat suami aku pun aku tak cerita atau ngadu apa-apa, yelah, kalau ngadu pun, menyusahkan hati suami aku jer kan. Dah lah dia selalu outstation, bila balik pulak, takkan aku nak mengadu kan…lagi pulak aku faham, suami aku tu anak sulung, dan ibunya adalah tiket syurganya….aku paham sume tuh…mungkin bila aku ada anak nanti, aku pun nak jugak anak aku melebihkan aku dari isterinya….
Nina tergamam mendengar luahan hati sahabatnya itu, sungguh dia tidak menyangka, Lisa mampu menyimpan segala-galanya dalam hati……Lisa menyambung lagi….
Lisa : Aku faham Nina, aku paham sangat….tapi kadang-kadang aku nak jugak ada orang yang boleh mendengar aku merintih, mengadu, meluahkan perasaan….tak payah amik apa-apa action pun takpe, cukuplah mendengar dan memujuk aku, bila aku tak boleh meluahkan….aku makan hati….semuanya terbuku di hati….yelah, kalau cerita kat orang pulak macam membuka pekong di dada….
Nina : Tapi aku tengok engko okay je ngan mak mertua, macam best fren…..
Lisa : Nina, memang betul. Mak mertua aku memang okay, Cuma sekali sekala je aku terasa….dan bila aku terasa pun aku tak expect mak mertua aku buat apa-apa sebab mungkin kadang-kadang dia pun terasa dengan aku….so sama-sama lah kan…. aku cuma harap ada yang mendengar je dan ada yang memujuk. Aku sayang mak mertua aku, malah aku lebihkan lagi mak mertua aku dari mak sendiri. Kalau hari raya, mak mertua aku belikan 2 pasang kain, mak sendiri pun sepasang je. Jadi bila aku buat semua nih, aku harap hubby aku akan appreciate dan bukannya asyik salahkan aku je bila aku merajuk ngan mak mertua. Bukan aku tak boleh beralah, tapi salah ke kalau dia pujuk sikit aku nih, manja-manjakan aku sikit….mungkin sebab aku harapkan penghargaan kan…..mungkin salah aku…..aku tak sepatutnya mengharapkan balasan, jadi macam tak ikhlas pulak kan…..padan muka aku….
Lisa merenung Nina yang masih terkejut dan tak dapat mengungkap apa-apa….
Lisa : Tu yang engko nak kawen sangat tuh….engko ingat senang ke. Banyak hati nak dijaga, hati sendiri…..siapalah yang tahu. Aku nih nak balik kampung sendiri, tengok mak ayah aku pun susah. Nak tunggu husband aku ajak balik kampong aku, belum lagi la setakat nih….nak pergi bersuka ria sekejap dengan kawan-kawan pun rasa serba salah dan takut nanti mak metua kata apa pulak…macam-macam Nina…. Dah kawen satu hal, nak mempertahankan perkahwinan tu satu hal lagi, lagi susah rasanyer…
Lisa : Dan bila aku dah menempuh sume ni aku semakin faham kenapa ramai isteri yang tergoda dengan lelaki lain…..bila dah lama berumahtangga, suami dan isteri dah semakin sibuk dengan komitmen masing-masing, dan terlupa nak bercinta, terlupa nak menambat hati pasangan sebab dah kawen lama kan, buat apa nak menambat hati lagi, dah dapat…..jadi bila ada yang lain yang pandai memujuk, bijak berkata-kata, merayu cinta, hati yang sepi dan layu sekian lama pasti kan berputik bunga kan….
Nina : Engko cakap macam pakar rumahtangga kan…..tapi kan Lisa, mungkin lelaki ni kita kena ajar sikit kut, engko kena bagi dia cemburu sket, hah apa lagi layan je lah si Haris yang dah lama menaruh hati dengan engko tuh, sampai sekarang pun tak kawen-kawen lagi….
Lisa : Nina, aku masih waras, masih boleh berfikir, mana satu jalan ke syurga mana satu jalan ke neraka….lelaki mungkin mudah jatuh cinta lagi, tapi wanita selalunya setia, tapi tu lah bila dipujuk rayu lelaki lain dan suami pula buat tak tahu….mungkin goyah jugak lah….
Lisa : Eh…tapi naper nama Haris pulak disebut-sebut nih…Dah….. sebelum engko mengarut lebih jauh, yang penting Nina, moral of the story, memang kita selalu nampak, laman orang lain lebih hijau, lebih cantik dari laman sendiri. Tapi sebenarnye, semua orang ada masalah dan ada cabaran masing-masing….apa yang terjadi, apa yang kita dapat itulah yang terbaik untuk kita. Engko tuh, sementara tak kawen lagi nih, luangkan masa yang banyak tuh dengan mak abah engko, jangan asyik buang masa tak tentu hala. Pastu pergilah join NGO , gi buat kerja-kerja amal, barulah takde asyik datang complaint kat aku pasal putus cinta….InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana……dan kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada…..macam aku nih, kena bersyukur banyak2, sekurang-kurangnya mak mertua aku jauh berganda-ganda lebih baik dari mak si Sabariah dalam Kasim Selamat tu kan, dan suami aku pun baik sangat cuma mungkin tak berapa pandai mengambil hati….engko pun kena bersyukur, ada kawan yang jelita cam aku tau…( Lisa dengan pantas memukul bahu Nina)
Nina : Aduh sakitlah….Yelah…yelah….aku bersyukur nih….Tapi kan Lisa, lepas dengar cite engko nih rasa macam ngeri lah pulak nak kawen…..
Lisa : Tu yang aku malas tuh….lain yang orang suruh ambil iktibar, lain pulak yang dia dapat…dah jom buat kerja….
Ayu
No comments:
Post a Comment