Setiap kali menatap wajahmu
Aku sayu
Aku gembira
Aku sayang padamu
Engkaulah kurniaan Tuhan yang terbaik untukku
Namun maafkan aku
kerana aku juga hanya manusia biasa
yang seringkali leka dan alpa
Tatkala dugaan melanda
Aku takut kehilanganmu
Aku tak mampu melihat kesakitanmu
Dan tika itu aku seringkali berharap
agar aku mampu mengundur waktu
mampu mengubah takdir
Namun akhirnya aku tersedar
Aku hanya hambaNya
dan kamu amanahNya untukku
yang teristimewa......
AYu
No comments:
Post a Comment