Friday, May 11, 2007

Kasih ibu

Writing this for Komuniti OKU.

 

Assalammualaikum to all muslims members and Salam sejahtera to all non muslims members

 

Pagi tadi saya dengar radio Sinar dan dengar luahan hati Dr Kamal. Dr Kamal bercakap mengenai kasih ibunya terhadapnya. Tentang bagaimana ibunya meninggalkan dia di sebuah asrama untuk pelajar buta di Pulau Pinang ketika umur 8 tahun, dan ditinggalkan di bawah jagaan orang asing. Sebagai tanda protes, dia menghantukkan kepalanya ke dinding, kena 13 jahitan. Saya rasa saya boleh bayangkan perasaan ibu Dr Kamal ketika itu. Ibu mana yang ingin berjauhan dengan anaknya. Ibu mana yang mahu membiarkan anaknya keseorangan. Kalau boleh seorang ibu mahu anaknya sentiasa di depan matanya. Tetapi kerana dia seorang ibu juga, dia mahu yang terbaik buat anaknya dan kerana itu ibu berkorban dan merelakan perpisahan dia dengan anaknya. Kalau anda seorang ibu, anda akan tahu bagaimana perasaannya.

 

Dan Dr Kamal, ibu anda pasti sangat berbangga dengan anda.

 

Dan kepada semua yang masih mempunyai ibu,

Ibu anda mungkin bukan ibu yang terbaik di dunia, ibu anda juga mungkin bukan seperti yang anda mahukan, ibu anda mungkin banyak kelemahan pada pandangan mata anda dan anda mungkin kerap kali bertelingkah dengan ibu anda dan tidak faham mengapa ibu anda melakukan sesetengah perkara. Jika ini yang berlaku, anda tidak perlu memahami ibu anda, anda hanya perlu mengasihi dan menyokong ibu anda. Mungkin suatu hari nanti, apabila anda dapat melihat ibu dengan mata hati anda, melihat ibu dengan penuh kasih sayang, mungkin nanti anda akan dapat memahami ibu anda.

 

Saya hanya memahami hati ibu apabila saya sendiri bergelar ibu.

 

Dan sementara ibu masih ada, kasihanilah ibu, kerana walau macammanapun ibu anda, dia tetap punya hak terhadap kasih sayang anda. Dengan itu berikanlah hak ibu, bukan hanya pada hari ibu…..

 

 



No comments: