Wednesday, November 15, 2006

Are we still in love?

This is wrote somewhere in Aug 2004.

Matahari tetap bersinar
Semuanya masih sama
Tapi aku terasa berbeza
Seolah-olah kehilangan sesuatu
Keghairahan itu mungkin
Keghairahan yang mengundang suatu rasa yang unik
Yang menjadikan aku ternanti-nanti waktu
Yang mendorong jantung ku bergetar seribu
Perasaan itu terlalu sukar diluahkan
Telalu indah terlalu istimewa
Dan kini mungkin rasa itu sedikit hambar
Mungkin rasa itu tidak dibaja tidak dipanaskan
Lantaran rasa itu sejuk, dingin dan kaku
Walau rasa itu terlalu relevan dalam hubungan ini
Dan kita seringkali terlupa untuk mengundang rasa itu
Kerana kita terlupa untuk bercinta…..sentiasa!

No comments: